The Power of Giving

The Power Of Giving

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit baki yang seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada mereka yang melayan kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yang berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jangan lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR untuk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi. Tak semua orang berpeluang naik teksi & jadi penumpang.

7. Adakala kita tengah queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan atau gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan...

Kredit kepada Tuan Penulis yang asal. Moga mendapat pahala yang berpanjangan dengan perkongsian artikel yang bermanfaat ini.

No comments:

Post a Comment