Kisah Perit Yang Tidak Dapat Dilupakan

Assalamualaikum.
Salam ceria buat anda semua.

Kali ini saya nak berkongsi satu kisah perjalanan hidup saya kepada anda semua.

Bila saya mengimbau kembali sejarah hidup saya rasanya macam tidak sanggup untuk melaluinya lagi. Saya dilanda banyak masalah dari segi kekangan ekonomi, faktor ini menjebakkan diri saya dengan institusi pembiayaan seawal 4 bulan di alam pekerjaan. Sesiapapun akan lakukan tindakan yang sama bukan. Ye la mana ada cara lagi untuk peroleh sumber kewangan dalam keadaan terdesak begini. Allah terseksanya diriku....

Demi kelangsungan hidup saya tempuh onak duri ni. Memandangkan saya bukan dari keluarga senang, tapi dengan cara ini juga cukup menyeksakan hidup saya saban hari. Mujurlah saya dikurniakan keluarga yang amat memahami dan saling bagi jalan untuk meringankan bebanan kewangan saya.

Satu hari suami mencadangkan saya berkerja di luar negara untuk menyelesaikan bebanan yang ditanggung. Biarpun menghadapi berbagai tohmahan orang, namun itu semua tidak menjadikan kami patah semangat. Mereka tidak memahami apa yang kami alami. Ya, bukan senang untuk hidup berjauhan. Tambahan kami belum dikurniakan cahaya mata. Tapi kami yakin ini adalah jalan untuk kami berubah ke arah yang lebih baik.


Alhamdulillah setelah hampir setahun setengah kami berjauhan, kini semuanya sudah selesai. Tapi bila difikir balik, Ya Allah takkan selamanya aku nak duduk di perantauan, aku ada rumahtangga, aku ada keluarga, aku nak juga menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan mereka.

Alhamdulillah kewangan saya kian stabil dan keselesaan dalam kehidupan makin terasa. Kalau dulu saya berkira-kira untuk nembeli sesuatu yang diminati, tapi kini semua boleh diperolehi dengan mudah.

Nasihat saya kepada semua kalau boleh elakkan dari membuat pinjaman bank terutamanya pinjaman peribadi, kesannya cukup menyeksakan. Jika tidak mampu dengan pendapatan utama fikirlah dan usaha lebih sikit cari pendapatan sampingan.

Bagi saya, walaupun bebanan kewangan saya sudah berkurangan namun saya tidak mahu hidup di dalam zon selesa. Ini kerana masih ramai lagi yang memerlukan bantuan terutama ahli keluarga saya sendiri. Selagi ada kudrat selagi itu akan saya usahakan. Saya anggap ini adalah petunjuk daripada Allah sebagai salah satu cara untuk berbakti kepada insan lain.


Walaupun mempunyai tugas hakiki, saya memilih untuk mencari pendapatan kedua. Saya memilih untuk berbisnes Shaklee kerana saya amat yakin dengan keberkesanan produk ini. Walaupun ini hanya bisnes separuh masa tapi saya akan berusaha untuk memajukan diri saya. Insha Allah. Doakan saya agar terus berjaya di dunia dan di akhirat ya.
Amin.

Assamualaikum.
Salam sayang dari saya,

Nur Sakinah Abd Aziz

No comments:

Post a Comment