Pengedar Shaklee Madinah

Assalamualaikum.

Salam ceria.


Mungkin ada diantara jemaah Haji dan Umrah yang tercari- cari makanan tambahan yang bagus sebagai penambah tenaga dan mengekalkan kesihatan yang baik ini. Jangan risau, kerana vitamin Shaklee sudah berjaya menembusi pasaran di Madinah.

Saya adalah seorang pengedar vitamin Shaklee di Madinah. ID: 1241017. Saya juga bekerja sebagai seorang jururawat di salah sebuah hospital di Madinah.

Sekiranya anda ingin mendapatkan vitamin Shaklee sepanjang anda berada di Tanah Suci ini, anda boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah.

Saya gembira membantu anda untuk kesihatan yang lebih baik.

Salam sayang,

Nur Sakinah Abd aziz
+6010-818 9217 (Malaysia)
+966506724092 (Saudi)



Senarai Vitamin Penting Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

Assalamualaikum.
Salam ceria๐Ÿ˜Š


Di musim cuti sekolah ini mesti ramai di kalangan kita yang ingin menunaikan umrah. Syukur Alhamdulillah anda dijemput ke tempat yang amat mulia bagi umat Islam. Seperti yang anda ketahui, sememangnya mengerjakan ibadah umrah ini memerlukan fokus dan persiapan yang sangat rapi mental, fizikal dan spiritual.

Selain daripada persiapan asas, kami mengesyorkan anda membawa bekalan makanan tambahan ini seperti:


Performance Drink: Beri tenaga, elakkan strok haba dan kehilangan air dalam badan (sekiranya umrah di musim panas).


Ostematrix:  Membantu memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas serta menguatkan tulang. Di sana para jemaah lebih banyak berjalan kaki untuk bergerak. Dan tahukah anda, pengambilan ostematrix sebelum tidur, anda dapat tidur yang berkualiti walaupun tidur dalam tempoh yang singkat.

B Complex: Anti stress, kawal tekanan darah dan baik untuk saraf. Ia juga dapat memberikan tenaga semasa melaksanakan ibadah umrah.


Omega Guard: Anti radang. Ada antara jemaah yang batuk-batuk di sana


Herbal Blend: Ini yang paling saya suka kerana dengan hanya satu lotion, boleh disapu di muka sebagai sunblock, di bibir untuk elak merekah, losyen kaki dan tangan sebagai pelembap. Nasihat buat jemaah, elakkan daripada berjalan kaki tanpa kasut/ selipar.


Nutriferon: Membantu mengukuhkan sistem imun. Ini kerana Jemaah mungkin akan menempuh cuaca yang berbeza dari tanah air kerana cuaca di tanah suci berubah khususnya cuaca di Madinah mungkin sejuk sehingga berada di bawah paras 10 darjah celcius. Manakala di Makkah pula mungkin cuaca agak panas kering dan berdebu.


Cinch Energy Tea Mix: Pilihan alternatif yang terbaik bagi menggantikan minuman kopi , soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia tidak mengandungi bahan pemanis, pewarna, tiada gluten dan perisa tiruan.


Vitamin C: Dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan badan dengan menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema. Jemaah juga dinasihatkan supaya dapatkan rehat secukupnya dan pastikan minum air sebanyak 2 ke 3 liter sehari.

Seperti yang kita semua maklum, iklim di tanah suci Makkah dan Madinah adalah berbeza dengan bumi Malaysia, maka perubahan suhu serta cuaca yang sangat ketara pada siang hari dan malam sangat memberi kesan yang besar kepada tubuh badan kita.

Bagi mereka yang mempunyai tahan antibodi badan yang rendah seperti warga emas, mereka lebih mudah untuk mengalami demam selsema. Apatah lagi mereka memerlukan pergerakan yang banyak untuk ke sana sini, jadi kesihatan lutut dan sendi adalah perkara yang utama.

Ini adalah perkongsian daripada salah seorang jemaah yang mengamalkan vitamin Shaklee di tanah suci.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan vitamin terbaik ini untuk persediaan diri sendiri atau boleh juga dihadiahkan kepada ibubapa dan ahli keluarga yang lain, anda boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah.

Semoga para jemaah umrah dilindungi Allah dan memperoleh ibadah yang sempurna dan dirahmati olehNya. Amin.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217

Disclaimer:
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Atasi Sembelit Tanpa Ubat

Assalamualaikum
Hai semua.

Mesti ramai di kalangan kita yang mengalami masalah sukar untuk membuang air besar.
         
So, dalam entry kali ini kiNa nak berkongsi dengan anda semua mengenai satu produk yang terbaik untuk membantu melawaskan sistem pembuangan anda.

Tak lain tak bukan adalah Herblax Shaklee.


Di antara manfaat Herblax ni adalah:

- pembersihan najis yang tersekat
- merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat
- membantu masalah sembelit
- mengempiskan perut
- membantu dalam mengurangkan atau memberi kepekatan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman Teh herba.

Haaa banyakkan manfaat herblax ni. Tak rugi amalkan. Kalau anda berminat nak dapatkan Herblax ni jangan segan2 hubungi kiNa untuk order dan konsultasi lanjut.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.ร 4

Adakah Etika Batuk Kita Selama Ini Berkesan Menghalang Penyakit?

Assalamualaikum hai semua.

Kadang-kala kita berasa tidak sihat seperti demam, batuk dan selsema. Kita juga berasa tidak selesa jika ada orang yang sanggup sampai hati batuk dan bersin di hadapan muka kita. Betuk tak?

Jom kita periksa semula adakah betul etika batuk kita selama ini.

Mengapa mesti menutup mulut ketika batuk atau bersin?

Ini kerana penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kokol, sindrom pernafasan akut yang teruk dan tibi merebak melalui batuk dan bersin.

Penyakit- penyakit ini merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Jadi bagaimanakah caranya untuk hentikan penyebaran kuman semasa sakit?


● Pakai penutup mulut dan hidung
● palingkan muka daripada orang lain dan makanan
● Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin. Kemudian pastikan anda buangkan tisu ke dalam tong sampah ye.
● Jika tiada pilihan, anda boleh menggunakan lengan baju atau skaf. Jangan bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.
● Elakkan pergi ke tempat yang sesak
● Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain
● Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut

Bagaimana menjaga kesihatan diri?



Sentiasa pastikan tangan anda bersih dan basuh tangan apabila kita menyentuh :

● bahan mentah
● permukaan tercemar
● muka
● hidung
● telinga
● lain- lain anggota badan

Basuh tangan:
● selepas ke tandas
● sebelum makan
● sebelum dan semasa menyedia atau mengendali makanan
● bila tangan anda kotor


P/s- Basuh tangan dengan air sabun dan air bersih atau sebarang cecair antiseptik.

Sekian sedikit info dari saya.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz

Promo Vivix Shaklee November 2017

Assalamualaikum.
Salam ceria semua.

Nak bagitau,
Offer sepanjang bulan November ni.


1 VIVIX SHAKLEE
RM472 (Harga normal without gst)

Dapat Membership Shaklee

PERCUMA penghantaran ke mana2 di Malaysia

============

PROMOSI BULAN NOVEMBER 2017

2 VIVIX SHAKLEE
RM806 (SATU RM403)

SEKARANG 2 VIVIX SHAKLEE LESS 5%
RM765.32 (SATU RM382.50)

PERCUMA membership Shaklee bernilai RM68.90

PERCUMA penghantaran ke mana2 di Malaysia bernilai RM10

CASH BONUS dari Shaklee sebanyak RM36.10
TOTAL PENJIMATAN RM155

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee:

1. harga ahli. jimat 15% - 20% dari retail price
2. cash back/ bonus dari pembelian terkumpul bulanan
3. ada system online sendiri di shaklee2u.com.my

tak semestinya ahli untuk buat bisnes, makan sendiri bersama family dan kawan2 pun boleh ๐Ÿ˜Š.

Jika berminat wasap kina tau๐Ÿ˜Š
terima kasih.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217





7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukam Supplemet

Assalamualaikum.

Pagi ini dikejutkan dengan berita banjir di Penang. Ya Allah tabahkan hati mereka yang terlibat. Lindungilah keluargaku yang berada di Kedah. Sayu sangat rasa hati ini mengenangkan orang2 tua yang menjadi mangsa banjir. Bagaimanalah keadaan mereka. Semoga ada hikmah disebalik semua yang berlaku.


Berbalik kepada tujuan KiNa menulis pagi ini adalah untuk berkongsi 7 sebab mengapa badan kita perlukan supplemen?

1) Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi datipada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.


5) Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.


6) Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.


7) Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang.

Salam sayang.
Nur Sakinah Abd Aziz

Promosi Shaklee November 2017

Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua. Harap masih belum terlambat nak kongsi dengan anda semua promosi shaklee November 2017.

Promosi khas untuk SID Shaklee bulan ini terdiri daripada vitamin untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Semua golongan dapat merebut promosi ini. Jadi tidak ada yang berasa hati. Haha๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Promosi untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak

Untuk lelaki: 
Belian minima 100UV (total point produk yang dibeli) dalam satu resit, layak mendapatkan sebotol vitamin E dengan penjimatan 20%. Vitamin E bagus untuk penjagaan kulit yang sihat lebih-lebih lagi bila diambil bersama vitamin C dan ESP.

Untuk perempuan:
Belian minima 100UV dalam satu resit, boleh dapatkan sebotol GLA Complex dengan harga diskaun 20%. GLA dapat membaiki hormon kita dari dalam. Kesihatan dan kecantikan wanita sebenarnya banyak juga ditentukan oleh perubahan hormon dalam badan.

Untuk kanak-kanak:
Inilah masanya nak grab promosi Vitalea for children buy 3 free . Maksudnya beli 3 botol, tapi akan dapat 4 botol. Benda free siapa yang tak suka kan? ๐Ÿ˜Š



Ada lagi promosi lain?

Peminat vivix pula mesti tersenyum lebar kerana promosi Twin Vivix kembali lagi.
Belian 2 botol vivix, boleh jimat RM155. Wow, banyaknya! Promo ini khas untuk anda yang mendaftar ahli bulan november ini tau. Yang ahli lama tak dapat promosi ini. 

Apa yang anda akan dapat dengan promosi ini?
  • Diskaun 5% (Jimat RM40.28)
  • Automatik PERCUMA YURAN AHLI Shaklee(Jimat RM68.90)
  • Tengah bulan depan BONUS RM36.10
  • PERCUMA Postage (Jimat RM10)
  • Berpeluang menjana pendapatan bersama Shaklee

Tunggu apa lagi. Hubungi saya segera untuk dapatkan vitamin terbaik ini. Jangan segan whatsapp saya di: 
010-818 9217

COD Medina
COD Alor Setar
COD Pendang
Postage seluruh Malaysia


Salam sayang dari saya, 
Nur Sakinah Abd Aziz

Kisah Perit Yang Tidak Dapat Dilupakan

Assalamualaikum.
Salam ceria buat anda semua.

Kali ini saya nak berkongsi satu kisah perjalanan hidup saya kepada anda semua.

Bila saya mengimbau kembali sejarah hidup saya rasanya macam tidak sanggup untuk melaluinya lagi. Saya dilanda banyak masalah dari segi kekangan ekonomi, faktor ini menjebakkan diri saya dengan institusi pembiayaan seawal 4 bulan di alam pekerjaan. Sesiapapun akan lakukan tindakan yang sama bukan. Ye la mana ada cara lagi untuk peroleh sumber kewangan dalam keadaan terdesak begini. Allah terseksanya diriku....

Demi kelangsungan hidup saya tempuh onak duri ni. Memandangkan saya bukan dari keluarga senang, tapi dengan cara ini juga cukup menyeksakan hidup saya saban hari. Mujurlah saya dikurniakan keluarga yang amat memahami dan saling bagi jalan untuk meringankan bebanan kewangan saya.

Satu hari suami mencadangkan saya berkerja di luar negara untuk menyelesaikan bebanan yang ditanggung. Biarpun menghadapi berbagai tohmahan orang, namun itu semua tidak menjadikan kami patah semangat. Mereka tidak memahami apa yang kami alami. Ya, bukan senang untuk hidup berjauhan. Tambahan kami belum dikurniakan cahaya mata. Tapi kami yakin ini adalah jalan untuk kami berubah ke arah yang lebih baik.


Alhamdulillah setelah hampir setahun setengah kami berjauhan, kini semuanya sudah selesai. Tapi bila difikir balik, Ya Allah takkan selamanya aku nak duduk di perantauan, aku ada rumahtangga, aku ada keluarga, aku nak juga menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan mereka.

Alhamdulillah kewangan saya kian stabil dan keselesaan dalam kehidupan makin terasa. Kalau dulu saya berkira-kira untuk nembeli sesuatu yang diminati, tapi kini semua boleh diperolehi dengan mudah.

Nasihat saya kepada semua kalau boleh elakkan dari membuat pinjaman bank terutamanya pinjaman peribadi, kesannya cukup menyeksakan. Jika tidak mampu dengan pendapatan utama fikirlah dan usaha lebih sikit cari pendapatan sampingan.

Bagi saya, walaupun bebanan kewangan saya sudah berkurangan namun saya tidak mahu hidup di dalam zon selesa. Ini kerana masih ramai lagi yang memerlukan bantuan terutama ahli keluarga saya sendiri. Selagi ada kudrat selagi itu akan saya usahakan. Saya anggap ini adalah petunjuk daripada Allah sebagai salah satu cara untuk berbakti kepada insan lain.


Walaupun mempunyai tugas hakiki, saya memilih untuk mencari pendapatan kedua. Saya memilih untuk berbisnes Shaklee kerana saya amat yakin dengan keberkesanan produk ini. Walaupun ini hanya bisnes separuh masa tapi saya akan berusaha untuk memajukan diri saya. Insha Allah. Doakan saya agar terus berjaya di dunia dan di akhirat ya.
Amin.

Assamualaikum.
Salam sayang dari saya,

Nur Sakinah Abd Aziz