7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukam Supplemet

Assalamualaikum.

Pagi ini dikejutkan dengan berita banjir di Penang. Ya Allah tabahkan hati mereka yang terlibat. Lindungilah keluargaku yang berada di Kedah. Sayu sangat rasa hati ini mengenangkan orang2 tua yang menjadi mangsa banjir. Bagaimanalah keadaan mereka. Semoga ada hikmah disebalik semua yang berlaku.


Berbalik kepada tujuan KiNa menulis pagi ini adalah untuk berkongsi 7 sebab mengapa badan kita perlukan supplemen?

1) Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi datipada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4) Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.


5) Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.


6) Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.


7) Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang.

Salam sayang.
Nur Sakinah Abd Aziz

No comments:

Post a Comment