Adakah Etika Batuk Kita Selama Ini Berkesan Menghalang Penyakit?

Assalamualaikum hai semua.

Kadang-kala kita berasa tidak sihat seperti demam, batuk dan selsema. Kita juga berasa tidak selesa jika ada orang yang sanggup sampai hati batuk dan bersin di hadapan muka kita. Betuk tak?

Jom kita periksa semula adakah betul etika batuk kita selama ini.

Mengapa mesti menutup mulut ketika batuk atau bersin?

Ini kerana penyakit sistem pernafasan yang serius seperti influenza, batuk kokol, sindrom pernafasan akut yang teruk dan tibi merebak melalui batuk dan bersin.

Penyakit- penyakit ini merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Jadi bagaimanakah caranya untuk hentikan penyebaran kuman semasa sakit?


● Pakai penutup mulut dan hidung
● palingkan muka daripada orang lain dan makanan
● Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin. Kemudian pastikan anda buangkan tisu ke dalam tong sampah ye.
● Jika tiada pilihan, anda boleh menggunakan lengan baju atau skaf. Jangan bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut ditukar.
● Elakkan pergi ke tempat yang sesak
● Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain
● Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut

Bagaimana menjaga kesihatan diri?



Sentiasa pastikan tangan anda bersih dan basuh tangan apabila kita menyentuh :

● bahan mentah
● permukaan tercemar
● muka
● hidung
● telinga
● lain- lain anggota badan

Basuh tangan:
● selepas ke tandas
● sebelum makan
● sebelum dan semasa menyedia atau mengendali makanan
● bila tangan anda kotor


P/s- Basuh tangan dengan air sabun dan air bersih atau sebarang cecair antiseptik.

Sekian sedikit info dari saya.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz

No comments:

Post a Comment