Makna Percutian Yang Sebenar

Sebut je nak pergi bercuti, semua orang excited bukan. Bagi Kina percutian ni adalah masa untuk kita luangkan masa yang berkualiti dengan insan tersayang.


Macam kina sendiri, kina hanya balik kampung 2 kali setahun. Jadi kalau boleh kina nak berjumpa dengan semua ahli keluarga setiap kali vacation tu.

Selain mengeratkan silaturrahim dengan sanak saudara, kina juga selitkan masa untuk singgah dibeberapa tempat menarik yang lain.

Antara destinasi yang kina nak sangat pergi melawat adalah Bali, Indonesia. Sambil berhoneymoon berdua, boleh melihat keindahan alam ciptaan Allah.

Dapat tengok budaya orang dengan mata sendiri sangatlah memberi kesan berbanding hanya membaca cerita orang lain sahaja.

Semoga impian nak jejak kaki di Bali, Indonesia kali ini dipermudahkan oleh Allah.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-8189217

No comments:

Post a Comment