Pengalaman Menarik Umrah di Bulan Ramadhan

Pengalaman Umrah di Bulan Ramadhan 2019

Alhamdulillah, apabila masuknya bulan Ramadhan tahun ini, Kina berniat dalam hati ini nak mengerjakan umrah di bulan Ramadhan.
Tapi memandangkan tahun ini jadual kerja yang padat, jadi terpaksalah dipendamkan sahaja di dalam hati. 

Nak dijadikan cerita, pagi semalam sewaktu bersahur dengan rakan sekerja yang berbangsa Filipine di wad, beliau berkata yang dia akan pergi ke Makkah bersama kawan-kawan kabayan mereka hari itu. 

Ditakdirkan Allah memang Kina cuti hari Jumaat dan Sabtu minggu ini. Kina yang memang teringin nak pergi umrah, terus bertanyakan lebih lanjut. Katanya ia adalah di bawah Persatuan yang dikendalikan oleh warga Filipine yang menetap di Saudi.

Dan yang lebih menarik lagi, Umrah kali ini ditaja sepenuhnya oleh Persatuan mereka. Ya, Free Umrah dan terbuka kepada semua Muslim yang bekerja di Saudi tak kira berbangsa apa.

Kina pun terus hubungi Ketua mereka untuk mendaftar dan Alhamdulillah masih ada kekosongan. 

Balik je daripada kerja shift malam dalam pukul 7pagi, kina terus mempersiapkan diri dan barangan yang ingin dibawa. Seriusly tak tidur langsung. 

Kami semua bertemu di check point yang telah ditetapkan dan selepas solat Jumaat dalam pukul 2petang, kami terus bergerak menuju ke Makkah. 3 buah bas kesemuanya.

Kami hanya berhenti seketika di Dhul Hulaifah untuk berniat Ihram. 

Dalam perjalanan, kami berhenti seketika di R&R dan bersolat Asar di Masjid yang berdekatan. 

Perjalanan diteruskan lagi. Sehinggalah nak masuk waktu berbuka puasa, kami berhenti lagi untuk berbuka dan solat Maghrib. 

Alhamdulillah makanan berbuka disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya adalah nasi putih dan lauk ayam, tamar, roti, jus, yogurt, air mineral dan buah-buahan. 

Untuk kina pulak, semestinya ada tambahan air Performance Drink yang membantu Kina kekal hydrated dan kurangkan rasa dahaga. Juga tak dilupakan bekalan vitamins Kina iaitu CoQ Trol, Vivix, Omega, Lecithin, Ostematrix dan B Complex. 

Selepas solat Maghrib, kami meneruskan perjalanan ke Makkah. Akhirnya, dalam pukul 10malam kami pun tiba di Masjid Aishah untuk berwudu' dan mempersiapkan diri. Kemudian kami menaiki bas Saptco yang dikhaskan untuk membawa kami ke MasjidilHaram. 

Sampai je di stesen bas Saptco yang berdekatan dengan MasjidilHaram, kami pun bergerak berjalan kaki untuk ke Masjid. Berjalan beramai-ramai macam ni tidak terasa pun penatnya. 

Kami terus melakukan ibadah Tawaf, Saie dan bertahallul. Alhamdulillah kerja Umrah kami berakhir pada pukul 2 pagi. 



Kami pun berkumpul semula di kawasan Food Court di Abraj Makkah yang bersebelahan dengan Clock Tower untuk bersahur. 

Ketika bersahur, Kina share dengan kawan-kawan Kina beberapa biji Ostematrix dan B Complex untuk mengurangkan lenguh-lenguh badan dan kaki kerana perjalanan yang agak lama dalam bas. Tambahan pula kami baru habis kerja night shift dan badan perlukan rehat. 

Selesai bersahur, kami bergegas persiapkan diri untuk solat Subuh. Subuh di sini adalah pada pukul 4.19pagi. 

Selepas Solat Subuh, kami bergerak menuju ke stesen Bas Saptco dan menaiki bas untuk ke Masjid Aishah kerana bas yang membawa kami ke Madinah ada menunggu di situ. 

Tepat jam 6pagi, kami bergerak menuju ke Madinah dan kami tiba di Madinah pada pukul 11pagi. Syukur Alhamdulillah di atas segalanya. 

Nur Sakinah,
+60108189217

No comments:

Post a Comment