Travel Luar Negara Tak Layak Derma Darah?


Alkisah semalam, Kina bercadang nak pergi derma darah. Pagi tu mulalah mencari di FB jika ada dibuka booth derma darah di sekitar Alor Setar ni.



Adalah beberapa tempat tapi Kina pilih untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah sebab paling dekat.

Awal pagi tu dah ambik breakfast peknga cicah gulai ikan temenung di Jalan Gangsa dah. Sedap.

Sampai je di tempat menderma darah, wah takde orang langsung. Mesti boleh cepat siap ni.

Macam biasa kita isi borang dulu. Dah setel, kita timbang berat pulak. Berat ni tak payah cakapla sebab penimbang dia macam rosak. Berat Kina boleh naik ke hampir 70kg. Eh padahal sebelum ni timbang 67kg je. Huhu. Sah mesin tu rosak. ๐Ÿ˜‚

Seterusnya sampailah di tempat check blood group dan haemoglobin.
Sebelum tu, Nurse pun baca detail di borang yang Kina tulis. Pekerjaan: Jururawat. Terus dia tanya kerja di mana. Kina pun cakaplah di Madinah.

Nurse tu cakap jika kita ada keluar negara hatta ke negara seberang sekalipun dalam tempoh 6 bulan sebelum ni, kita tak boleh derma darah.  Padahal sebelum ni boleh je Kina cakap.

Kina pun bagitahu dia yang tahun-tahun sudah, Kina boleh je menderma darah walaupun kerja di luar negara. Nurse tu cakap mungkin mereka terlepas pandang. Sebab ini bukan peraturan baru kata mereka.

Hmmm sedikit kecewa di situ. Kina pun minta tolong Nurse periksa bacaan haemoglobin. Alhamdulillah bacaan haemoglobin Kina cantik dan cukup untuk derma 1 beg darah.

Tapi oleh kerana ada ke luar negara dalam tempoh 6 bulan sebelum ni, Kina tak boleh menderma. Takpelah takde rezeki kali ini.

Kepada rakan-rakan yang layak menderma darah, marilah kita sama-sama menjadi penderma darah. Sangat ramai pesakit yang memerlukan darah setiap hari. Mereka begitu mengharapkan bantuan kita. 

Di samping itu, teruskan menjaga kesihatan kita dengan lebih baik. Amalkanlah gaya hidup yang sihat.

"Prevention is better than cure"

Nur Sakinah
-Rindu nak donate blood-

No comments:

Post a Comment