Kelihatan isterinya terlentok di kerusi co pilot. Teringat yang Kina pun macam ni jugak dulu. Balik kerja memang tak ingat apa dah.
Nak drive pulak hampir 30minit balik ke rumah. Balik rumah memang takleh buat apa dah. Lena terus. Mak Kina kata mujur sempat sampai ke rumah. Itu pun puas tampar pipi bagi celik biji mata.
Pernah beberapa kali nyaris kemalangan sebab terlelap. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bernafas.
Dan sekarang ni, kina hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk pergi dan balik kerja. Sebab jarak hospital dan rumah dekat sahaja.
Alhamdulillah kurang sikit risiko nak kemalangan tu.
Kina doakan rakan-rakan nurse semua dikurniakan kesihatan yang baik dan ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup.
Kalau mengantuk, cubalah tidur sebentar sebelum memandu balik. Beli kacang dan buah-buah potong untuk makan dalam kereta.
Dan jangan lupa untuk amalkan vitamin demi kesihatan yang lebih baik. Kalau kita sendiri pun tak sihat, macam mana nak jaga orang lain bukan.
Nur Sakinah
A Nurse Like You all
#LoveYourself
No comments:
Post a Comment