Pengalaman Sewaktu Mengerjakan Haji 1439


Baru-baru ini, kina dijemput melaksanakan ibadah Haji. Syukur Alhamdulillah.


Sebelum pergi Haji hari tu, kina memang usaha untuk turunkan berat badan. Ye la, waktu Haji kan banyak nak berjalan kaki. 

Kalau badan berat, mesti sukar nak melakukan ibadah. Kalau boleh taknak la jatuh sakit semasa melakukan ibadah.

Antara usaha yang kina buat adalah jaga pemakanan, exercise dan ambil suplemen. Kina jugak join program detox bersama Shaklee selama sebulan.

Alhamdulillah Kina berjaya turunkan 6kg selepas program detox tu.

Semasa mengerjakan ibadah Haji itu pun kina ambil vitamin extra dos sebab badan memang perlukan banyak tenaga.

Sebab di sana, kita akan bertemu dengan pelbagai jenis orang dari seluruh pelusuk dunia. Dan kita tak tahu sejauh mana tahap kesihatan mereka. Jadi, sistem imun kita pun perlu kuat.

Waktu tidur dan rehat pun sangat terhad dan tak tentu masa. Apa pun kina bersyukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Kami semua amat merindui pengalaman manis Haji 1439.

Banyak lagi sebenarnya yang nak dikongsikan dengan kawan2 semua. Nanti kina share di post yang akan datang ye. Stay tuned tau๐Ÿ˜Š.

P/s- Gambar sewaktu melontar Jamrah hari yang kedua. Kami melontar waktu malam, Alhamdulillah time ni orang tak ramai sangat.๐Ÿ˜Š

No comments:

Post a Comment