Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum. ๐Ÿ˜Š

Sempena Tahun Baru ini, Saya ingin mengajak kawan2 semua untuk memenuhi masa kita dengan perkara yang lebih berfaedah. Contohnya sesuatu yang boleh mendatangkan hasil.

Seperti yang anda ketahui, walaupun saya bekerja sebagai jururawat, saya tetap memilih untuk berbisnes Shaklee secara part time untuk memenuhi masa lapang saya supaya saya tidak terus menerus berada di dalam zon yang selesa.

Saban hari kedengaran rungutan seperti harga barang semakin naik, gaji tidak bertambah dan pelbagai lagi. Pilihan yang kita ada adalah mengurangkan perbelanjaan atau menambahkan pendapatan.

Niat saya berbisnes adalah untuk jadikan diri ini bebas daripada hutang yang menjadi pemberat hidup. Juga supaya hidup ini lebih tenang untuk beribadah di samping dapat membahagiakan emak dan ayah di kampung.

Ramai yang cemburu melihat kami bekerja di sini. Tetapi ketahuilah yang kami ini lebih cemburukan anda yang setiap hari boleh bersama keluarga masing2. Kami di sini hanya berupaya bercakap di dalam telefon ataupun video call sahaja.

Umur kita dari hari ke sehari semakin berkurangan. Wajarlah kita untuk bertindak segera. Jika diizinkan Allah, saya ingin menjaga dan membesarkan anak2 saya sendiri nanti. Jadi saya ingin membina platform bisnes ini daripada sekarang supaya saya dapat melihat mereka membesar di depan mata saya tanpa perlu hidup berjauhan.

Bagi saya, dalam setiap perkara kita hanya mempunyai 2 pilihan iaitu ingin menerima ia dengan positif ataupun negatif. Hidup kita adalah pilihan kita. Semoga kita semua terus berusaha lebih gigih lagi untuk masa depan yang lebih cemerlang.


#tsunamishaklee
#tsunami2018

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz

No comments:

Post a Comment