Kehidupan lebih indah jika kita mempunyai visi & misi untuk memacu halatuju hidup dengan lebih sukses.

Pelbagai perancangan boleh diatur tetapi untuk melaksanakannya sahaja samada kita mampu merealisasikannya atau tidak.

Niat dalam hati kuatkan azam yang kita boleh lakukannya. Begitu juga saya, setiap tahun ada target yang perlu saya penuhi.

Untuk mencapai impian tersebut, kami berdua bekerja keras untuk memastikan impian kami menjadi kenyataan.

Alhamdulillah target saya untuk mengerjakan umrah pada tahun ini bersama suami telah tercapai.

Syukur Ya Allah, sebagai isteri, saya berasa gembira apabila melihat insan pembakar semangat saya tersenyum puas apabila pertama kali menjejakkan kaki di Masjidil Haram.

Salam sayang,
Nur Sakinah
010-818 9217

No comments:

Post a Comment