Tips Pengurusan Masa Untuk Berbisnes

Pengurusan masa merupakan satu perkara yang amat penting bagi manusia. Kita semua mesti bijak menguruskan masa terutamanya masa untuk diri sendiri. 
Kesibukan bekerja menambah lagi bebanan kepadatan masa yang ditanggung. Tapi kini, Alhamdulillah saya mengamalkan konsep membuat jadual atau To do list. 

Setiap aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan keutamaan. Melalui cara ini juga, setiap perancangan yang dirancang, dapat di realisasikan. 

Sekiranya kita bijak menguruskan masa, setiap apa yang dirancang, dapat dilaksanakan secara efektif dan juga dapat menjimatkan masa kita. 

Begitu juga dengan bisnes. Macam kina sendiri, kina akan jadualkan posting kina di apps Hootsuite. Apps ini akan membantu kina pos di facebook mengikut masa yang kina tentukan. Jadi tidaklah sepanjang masa kena pegang fon sahaja. 

Selain itu, kita juga boleh membeli lebih masa dengan menjaga solat wajib kita iaitu dengan solat di awal waktu. Kita akan merasakan yang masa kita menjadi lebih panjang. 

Kita juga boleh kurangkan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti menonton drama terlalu lama dan terlalu banyak tidur di siang hari.

Akhir kata, ingat kembali kenapa kita bermula. Sekiranya kita betul-betul ingin berbisnes, kita akan cuba atasi setiap halangan yang ada. Tiada alasan untuk berjaya. 

Kita dilahirkan sebagai juara.

Salam sayang,
Nur Sakinah
010-818 9217

No comments:

Post a Comment