Kisah Inspirasi Wanita

Kina sebenarnya dah lama tak menonton drama ataupun filem ni. Macam di Madinah pun, bila ada kawan-kawan yang pasang cerita Melayu di TV je barulah kina join sekaki.

Antara drama yang sangat memberikan inspirasi buat kina terutamanya untuk orang perempuan adalah drama 'Patahnya Sebelah sayap' lakonan Ummi Nazeera.

Pengajaran mengenai drama ini banyak memberi inspirasi dalam diri.

Sebagai wanita, kita seharusnya berusaha gigih untuk meneruskan kehidupan kita walaupun orang yang selalu memberi semangat iaitu ibu dan adiknya telah meninggal dunia.

Kerjakanlah apa sahaja yang boleh mendatangkan hasil seperti dalam drama ini beliau membuat kuih karipap frozen untuk meneruskan kehidupan.

Beliau juga sentiasa memohon bantuan daripada Allah dan melahirkan rasa bersyukur dengan kurniaan Allah seadanya.

Kematangan yang ditunjukkan walaupun beliau masih muda, tetapi semangat yang kuat menjadi pemangkin utama dalam kejayaannya.

Begitu juga dengan kita, kita seharusnya tidak berputus asa dengan kehidupan. Bangkitlah dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

Berubahlah menjadi insan yang banyak memberi manfaat sesama manusia dan mempunyai pendapatan sendiri.

Salam sayang,
Nur Sakinah
010-818 9217

No comments:

Post a Comment