Cara Mudah Bayaran Balik PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Insha Allah hari ni kina nak kongsikan dengan anda semua satu cara untuk selesaikan hutang belajar PTPTN dengan cepat.

Caranya adalah dengan mengeluarkan duit dari KWSP akaun II. Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/ sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman.

Untuk makluman, pihak PTPTN memberikan diskaun 20% jika anda bayar jumlah keseluruhan dan 10% diskaun jika bayar separuh pinjaman. Haa best kan?

Syarat-syarat Pengeluaran KWSP

 1) Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli

2) Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.

5 Langkah Mudah Pengeluaran KWSP

1) Daftar i-Akaun di
● Pusat Panggilan KWSP 03- 8922 6000
● Kiosk KWSP
● Kaunter KWSP

2) Dapatkan penyata baki sama ada
● Secara online di www.ptptn gov.com
● Hubungi Careline 03- 2193 3000
● Cawangan PTPTN eg UTC

3) Mohon pengeluaran KWSP
● Secara online (e-Pengeluaran)
● Pastikan nama program sama dengan transkrip.

4) Semak status permohonan
● melalui SMS/ Mesej Sekuriti inbox di i-Akaun
● dalam tempoh 4 hingga 14 hari bekerja selepas permohonan dibuat

5) Hadir ke KWSP
● Bersama dokumen sokongan yang ditetapkan ( salinan sijil akademik/ transkrip keputusan semester terakhir)

Tempoh Masa Bayaran

KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari dan penyerahan dokumen sokongan.

Mudah sahaja sebenarnya kan. Kina hanya mengambil masa tak sampai seminggu untuk kesemua urusan ini. Alhamdulillah kini kina dah bebas hutang belajar PTPTN. Rasa tenang je hati ini.

Anda semua pun boleh lakukannya jugak. Jom kita selesaikan hutang kita secepat mungkin.

Jika ada apa-apa pertanyaan boleh mesej kina ye.

Salam sayang,
Nur Sakinah
010-818 9217

No comments:

Post a Comment