Pengalaman Ramadhan 2018 di Madinah

Diam tak diam dah 4 hari kita umat Islam berpuasa.

Alhamdulillah diberi peluang berpuasa di perantauan tahun ini. Kat sini pukul 4pagi dah Subuh dan berbuka dalam pukul 7petang.

Kalau di Malaysia, Kina memang jarang ke bazar ramadhan. Biasanya akan masak sendiri je walaupun simple.

Alhamdulillah kat sini pulak kina dikelilingi kawan2 yang best2. Kami akan masak dan berbuka bersama2.

Bila cuti pulak, kina akan mengambil peluang untuk berbuka dan bertarawikh di Masjid. Pihak hospital memang ada menyediakan bas untuk membawa kami ke Masjid setiap hari.

Best sangat sebab dapat jumpa pelbagai orang dari setiap pelusuk dunia di sini. Pelbagai budaya dapat dilihat dan dipelajari.

Sebenarnya ada banyak lagi yang kina nak kongsikan. Korang semua stay tuned tau.

Nur sakinah,
AlwaysATraveller

No comments:

Post a Comment