Hadiahkan Kesihatan Buat Emak Dan Ayah

Saya ingin berikan hadiah kesihatan kepada emak saya, Junaidah Bt Mat Junoh dan ayah saya, Abd Aziz B. Haji Man kerana telah bersusah payah membesarkan kami 8 beradik.

Sebagai anak kedua, saya banyak menyaksikan suka duka dan jerih payah mereka berdua. Begitu tabahnya mereka berdua tidak dapat saya gambarkan.

Alhamdulillah kini kami semua telah berjaya di dalam bidang masing-masing.

Perkara yang paling menyentuh hati saya adalah apabila emak saya berkata "Baru sekarang ni Mak merasa untuk membeli apa yang Mak nak. Selama ini Mak hanya fikirkan untuk anak-anak sahaja". Ya Allah, selama ini wanita ini telah banyak berkorban untuk kami semua.

Semoga dengan pemberian vitamin terbaik Shaklee untuk mereka setiap bulan, dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan emak dan ayah.

Ketahuilah, walau dari jauh, anakmu ini sering mendoakan kesejahteraan emak dan ayah.

Salam sayang,
Nur Sakinah.

No comments:

Post a Comment