Kina adalah anak kedua dari 8 adik beradik. Dari kecik lagi kina dah saksikan sendiri kepayahan emak dan ayah kina membesarkan kami adik beradik. 

Apabila kami sudah dewasa, sudah tiba masanya untuk memberi ruang kepada mak ayah untuk berehat.

Alhamdulillah sekarang ni kami masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri.

Perkara yang paling mengharukan kina sewaktu membawa makayah membeli barang dapur dan keinginan mak ayah setiap bulan adalah apabila emak berkata "sekarang ni la baru mak merasa dapat membeli apa yang mak nak. Kalau dulu mak hanya fokus untuk anak-anak sahaja."

Ya Allah, banyak sungguh pengorbanan mak ayah untuk kami.

Kina berazam nak berikan yang terbaik untuk mak dan ayah.

Kadangkala, ada perkara yang tak dijangka berlaku mengubah arah hidup kita sekelip mata.

Mungkin apa yang membahagiakan anda hari ini akan hilang pada esok hari. Setiap benda akan sentiasa berubah, sama ada kita suka atau tidak.

People and circumstances come and go.  Life doesn’t stop for anybody.

Kata kata ini menjadi pembakar semangat kina untuk menceburi bidang bisnes online shaklee ini sehingga hari ini .

No comments:

Post a Comment