Bagaimana Amalan Rohani Membantu Dalam Bisnes

Dalam bekerja makan gaji, bos kita adalah ketua kita. Bos lah yang beri gaji kepada kita.


Semakin kita rajin buat kerja dan sanggup buat overtime, maka lagi banyaklah bonus yang akan diberikan.

Begitu juga dalam bisnes. Bos kita adalah Tuhan kita iaitu Allah. Nak maju dalam bisnes ni, kita kena pandai pikat hati Bos kita.

Laksanakan amalan wajib dan gandakan amalan rohani lain untuk meraih rahmat Allah.

Sebenarnya amalan rohani ini bukan perlu buat di dalam bisnes sahaja. Amalan rohani ini seharusnya dibuat kerana Allah pada setiap masa.

Kita kena paksa diri sendiri buat dulu. Kena istiqamah baru hadirnya rasa ikhlas dan rasa diri tenang sahaja.

Tak salah pun nak minta sebab kita minta dengan Allah bukan dengan manusia. Allah Maha Kaya.

Seorang hamba,
Nur Sakinah.

No comments:

Post a Comment