Target Bisnes Bulan Jun 2018

Assalamualaikum.

Target nor untuk bulan Jun ini adalah 21%.

Teringin sangat nak dapat bonus RM2000 ke atas setiap bulan. Sebab banyak impian yang ingin dicapai.

Nor nak buktikan yang dengan bisnes Shaklee ni nor boleh pergi lebih jauh. Sebab banyak peluang yang Shaklee sediakan untuk ahlinya.
Jadi mestilah rebut setiap peluang yang ada.

Nor buat bisnes Shaklee ni sebagai persediaan untuk jadi Work At Home Mom suatu hari nanti.

Ye lah, sampai bila nak duduk berjauhan dengan keluarga.

Kalau direzekikan ada zuriat sendiri nanti, nor nak jaga dan besarkan sendiri anak di rumah.

Kesian sangat bila tengok kawan-kawan yang berjauhan dengan anak kecil mereka. Tak sampai hati rasanya. Bagi nor, mereka memang sangat tabah.

Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu perit sangat rasanya setiap tahun beraya di perantauan.

Seronok je tengok orang lain membuat persiapan Aidilfitri bersama keluarga.

Setiap misi yang diimpikan mesti ada target untuk dicapai. Macam diri nor sendiri, dari bekerja makan gaji kepada membina income sendiri melalui bisnes.

Dan nor pilih untuk berbisnes Shaklee. Rasa bahagia sangat bila dapat membantu orang lain jadi lebih sihat dan dapat extra income setiap bulan.

Doakan nor berjaya mencapai minimum 3000guv setiap bulan.

Terima kasih Ja kerana mempertemukan bisnes Shaklee dengan nor. Insha Allah nor akan buat yang terbaik.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz.

No comments:

Post a Comment