Pentingkah Mempunyai Sumber Pendapatan Kedua?

Pentingkah Mempunyai Side Income?

Zaman sekarang ni, semua benda perlukan duit. Lihat sajalah kos untuk mengerjakan umrah dan Haji. Bagaimana kita nak melaksanakan Rukun Islam yang kelima itu jika kewangan kita sendiri pun belum kukuh.


Bagaimana pula kita ingin mengukuhkan kewangan jika pendapatan kita pun hanya cukup-cukup makan sahaja setiap bulan.

Sebab itulah kina usaha cari side income walaupun sudah ada kerja hakiki agar kina boleh menambahkan pendapatan setiap bulan.

Walaupun kita sudah selesa dengan income kerja hakiki, tapi mulalah buat side income juga. Kerana apa? Kerana bila-bila masa sahaja kita boleh diberhentikan. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Jika ketika itu, kita tiada sumber income yang lain, pasti kita akan terkapai-kapai nak mulakan bisnes atau cari kerja lain.

Jadi, sementara kita masih selesa dengan pekerjaan kita ketika ini, mulakanlah buat side income anda. Tak kisah anda nak berbisnes apa pun yang penting boleh jadi second income. Jangan tunggu ketika kita sudah terdesak baru nak bermula.

Salam sayang,
Nur Sakinah.

No comments:

Post a Comment