Persiapan Raya

Alhamdullilah tinggal beberapa hari saja lagi untuk menyambut hari raya.

Melihat masyarakat sekarang mempunyai kehendak yang berbeza-beza. Tidak kurang juga ada yang terlalu berlebihan dalam persiapan hari raya tanpa membuat percaturan kewangan dengan baik. Ini adalah satu amalan yang tidak baik.

Bagi diri saya cukuplah bersederhana sahaja. Memikirkan kebarangkalian yang berlaku, lebih baik gunakan sedikit sahaja sumber kewangan yang ada untuk persiapan raya dan yang lain standby untuk kegunaan lain yang lebih penting.

Ramadhan mengajar erti bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Walaupun kita tidak mampu membeli pakaian baru, tetapi anggaplah ianya bukan sebagai penghalang untuk menikmati hari raya ini.

Kehadiran keluarga dan berkumpul beramai-ramai, bersalam-salaman, kunjung mengunjung itu yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment