Apa Yang Digunakan Untuk Berbisnes

Bergerak seiringan dengan teknologi tanpa batasan mampu memberi manfaat kepada kedua pihak peniaga dan pelanggan, dalam memahami dan mempromosi sesuatu.


Seperti yang sedia tahu pengguna sekarang lebih cenderung mendapatkan maklumat di hujung jari.

Memanfaatkan dunia tanpa sempadan ini mampu meminimumkan kos antaranya kos pengangkutan.

Bagi pihak penjual pula, ini merupakan satu kaedah untuk menarik perhatian pelanggan melalui kaedah whatsapp, facebook, blog dan lain - lain.

Saya hanya menggunakan telefon sahaja untuk berbisnes.

Antara application yang saya gunakan untuk membantu bisnes saya adalah Phonto, Inshot, Hootsuite, Photogrid, Textswag dan lain-lain lagi.

Seperti Hootsuite, saya gunakannya untuk jadualkan posting saya ikut masa yang saya inginkan. Apps ini amat membantu sekiranya saya bekerja. Saya akan jadualkan siap-siap di malam hari, posting saya untuk keesokkan harinya. Jadi tidaklah nanti mengganggu tugas hakiki saya.

Doakan supaya bisnes saya ini bertambah maju dan diberkati Allah.

Salam sayang,
Nur Sakinah
010-818 9217

No comments:

Post a Comment