Buku Kegemaran saya

Assalamualaikum.
Salam ceria.

Antara buku yang saya paling suka baca ialah Bicara Mata Hati hasil penulisan Cikgu Abd Ghani Haron. Alhamdulillah dah 4 jilid menjadi koleksi saya setakat ini.


Penulisan beliau amat menarik minat saya kerana dapat membawa saya berfikiran di luar kotak dan membuka minda saya.

Ia mengajar kita supaya melihat sesuatu yang berlaku itu dari perspektif yang berbeza.

Perkongsian beliau adalah berdasarkan pengalaman hidup, isu-isu semasa, kekeluargaan dan juga bidang kerohanian.

Isinya yang santai memudahkan kita untuk lebih memahami terhadap apa yang ingin disampaikan.

Saya mencadangkan rakan-rakan di FB supaya follow FB Cikgu Abd Ghani Haron ini kerana banyak ilmu dan manfaat akan diperoleh dari perkongsian beliau.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217

No comments:

Post a Comment