Hadiah Buat Diri Sendiri Sebagai Motivasi Yang Paling Bermakna

Semua orang pasti gembira apabila mendapat hadiah bukan. Apatah lagi jika hadiah untuk diri kita sendiri. Hadiah kepada diri sendiri adalah salah satu cara memotivasikan diri.



Hadiah kepada diri sendiri yang paling bermakna adalah apabila berpeluang menabur budi di bumi anbiya'. Pada masa yang sama, dapat menziarahi tempat-tempat yang bersejarah dan melaksanakan ibadah sebaiknya.

Selain berpeluang melihat cara hidup dan amalan mereka, Insha Allah akan dimanfaatkan masa berharga sepanjang berada di sini sebaik mungkin.

Yang paling best, setiap kali kedengaran azan berkumandang, semua aktiviti akan dihentikan seketika dan semua orang akan berduyun-duyun ke masjid atau di mana-mana sahaja untuk solat.

Lagi satu, bila terasa nak buat perkara yang tidak baik je, mesti teringat di mana kita berada. Di Tanah Haram. Tidak boleh bercakap sembarangan. Mesti fikir balik, Allah murka atau tidak sekiranya kita lakukan perkara tersebut.

Syukur Alhamdulillah.
Kina anggap ini sebagai hadiah yang paling bermakna dalam hidup kina.

Apa pula hadiah buat diri sendiri kawan-kawan semua?

Jom kongsikan bersama. Mana tahu boleh jadi motivasi buat kina dan orang lain.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217

No comments:

Post a Comment