Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Mudah dan Cepat

Ayam Goreng Kunyit Bonda

Menu Ayam Goreng Kunyit memang kegemaran kami adik-beradik tau.
Daripada kecil lagi Emak kami memang suka masakkan Ayam Goreng Kunyit ini untuk kami adik-beradik. Kina memang suka kutip makan bawang hiris tu. Manis je rasa.

Jom kita tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan:

• Ayam setengah ekor dipotong kecil
• Sedikit minyak masak
• Garam secukup rasa
• Serbuk kunyit
• 1 biji bawang besar di potong bulat
• 2 biji cili besar di potong
• Sayuran seperti kacang panjang, kobis bunga dan lobak merah dipotong kecil

Cara-cara:

1) Bersihkan ayam
2) Masukkan ayam dan serbuk kunyit ke dalam kuali
3) Masak ayam sehingga betul-betul masak. Air daripada ayam sudah mencukupi. Boleh tambahkan air jika ayam belum masak sempurna
4) Apabila ayam sudah masak dan air sudah kering, masukkan sedikit minyak masak. Kacau sebati
5) Masukkan sayuran seperti kobis bunga, lobak merah dan kacang panjang jika suka
6) Masukkan bawang besar dan cili besar yang telah dipotong
7) Perasakan dengan garam secukupnya
8) Siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas-panas dan sambal belacan.
Macam mana?
Mudah sangatkan. Memang sesuai untuk kina yang sentiasa nak makan cepat je. Menu masakan pun simple sangat.  Tapi boleh bikin tambah nasik dua pinggan. Hehe😙.

Kelebihan cara masakan begini adalah ayam menjadi lebih lembut berbanding jika ayam itu digoreng terus dengan minyak.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera😍

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217

No comments:

Post a Comment