2 Hobi Kesukaan Saya

Assalamualaikum


Kehidupan tanpa hobi mungkin satu yang janggal bagi setiap manusia. Hobi saya adalah membaca. Tak kisahlah sama ada buku, majalah, surat khabar ataupun pamphlet. Bagi saya dengan cara itu, saya boleh dapat banyak ilmu pengetahuan dan info penting.

Apabila saya membaca, saya dapat rasakan satu kepuasan bila dapat menghabiskan sesebuah buku. Fikiran pun menjadi tenang mengikut rentak buku yang dibaca. Di rumah saya juga terdapat rak buku khas untuk semua buku koleksi saya.


Tidak dapat dibayangkan hidup ini tanpa membaca buku. Semoga hobi saya ini terus subur di dalam diri saya.

Membaca buku dan membaca di mukabuku adalah tidak sama ya kawan-kawan. Hihihi.😊😊😊

Ada satu lagi hobi kami suami isteri iaitu melawat tempat orang dan mendalami budaya di tempat mereka.

Memandangkan kami berjauhan, setiap tahun saya dan suami sentiasa ada perancangan untuk bercuti. Minat terhadap aktiviti ini bermula pada tahun lepas apabila suami mengajak saya bercuti di Langkawi. Menghargai ciptaan alam semulajadi ini memberi ketenangan dan kelapangan dalam jiwa kami.

Apa pula hobi anda? Jomla kongsi dengan saya.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217

No comments:

Post a Comment