9 Kelebihan Minum Air Sekurang-kurangnya 3 Liter Sehari. Anda Akan Terkejut

Assalamualaikum.
Semoga anda semua sihat selalu.

Seperti yang diketahui, minuman berwarna dan manis seperti kopi, teh, jus dan minuman ringan adalah tidak bagus untuk kesihatan.


Minuman seperti ini boleh menyebabkan obesiti, masalah kulit, masalah jantung, sakit perut dan kerosakan pada gigi.

Apa yang terjadi pada badan kita sekiranya kita menggantikan kesemua minuman di atas dengan 3liter air masak setiap hari?

1. Anda dapat jimatkan lebih banyak wang anda.
Cuba anda fikir antara harga air masak dan air-air berwarna seperti kopi, jus dan lain-lain. Yang mana satukah yang lebih murah? Anda fikirkan.

2. Kulit anda menjadi lebih lembut dan lebih bersih.
Minum air secukupnya berupaya untuk membersih dan melembutkan kulit

3. Jantung dapat berfungsi dengan lebih baik.
Fakta mengatakan minum 5 gelas air setiap hari berupaya mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 41%. Banyak tu.

4. Pengambilan air dapat mengurangkan risiko untuk dapat penyakit kronik seperti darah tinggi, kolesterol, penyakit jantung, kencing manis, penyakit berkaitan usus dan banyak lagi.
Jika anda mahu mengurangkan kos penggunaan wang untuk berjumpa doktor, minumlah air lebih banyak.

5. Badan berupaya membuang toksin dengan cepat.
Minum air secukupnya dapat membantu dalam pembuangan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh badan jadi secara tidak langsung ia dapat melambatkan penuaan.

6. Nafsu makan berkurangan.
Air dapat mengurangkan selera makan di mana ia dapat membantu anda kurangkan berat badan.

7. Fungsi otak dapat bekerja dengan lebih baik. 
Tahukah anda, otak manusia terdiri daripada 75% ke 85% adalah air. Air dapat meningkatkan fokus dan memberi tenaga yang berpanjangan.

8. Mempercepatkan kadar metabolisme sekaligus memberi anda tenaga.
Minum air sebanyak 500ml di waktu pagi dapat meningkatkan kadar metabolism sebanyak 24%.

9. Penurunan berat badan dengan cepat tanpa diet tertentu.
Amalkan minum 3liter air setiap hari selama 9 hari dapat membakar kalori bersamaan dengan anda jogging 8km setiap hari. Wow.

Tunggu apa lagi. Cepat minum air masak 3liter setiap hari sekarang dan rasailah perbezaannya.

Terima kasih sudi singgah di blog Kina.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217

No comments:

Post a Comment