Aktiviti Di Hujung Minggu

Selamat berhujung minggu buat kawan-kawan yang berada di Malaysia. Kami di sini, hujung minggu adalah Jumaat dan Sabtu. Sama seperti my hometown di Kedah.

Di pagi hari, saya akan mulakan bersarapan dengan minuman kesukaan saya iaitu ESP. Minum plain macam tu sahaja. Memang lemak manis rasa dia.

Aktiviti yang selalu dilakukan pada hujung minggu adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Contohnya mengemas rumah, bersenam, membasuh dan menggosok pakaian untuk satu minggu.

Untuk bersenam pula, sekiranya cuaca tidak mengizinkan, saya akan bersenam di dalam rumah sambil menonton video ataupun naik turun tangga beberapa kali untuk mengeluarkan peluh.

Selepas siap semua itu barulah saya masuk ke ofis kecil saya untuk membuat kerja-kerja bisnes pula.

Apa pula aktiviti weekend anda?
Jom kongsi bersama🤗🤗🤗.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217

No comments:

Post a Comment