Kegagalan Adalah Guru Terbaik

Kegagalan yang amat mendukacitakan hati ialah gagal mencapai impian yang saya impikan. Hati mana tidak terasa tertekan apabila gagal. Diri ini terlalu kerdil untuk menggapai apa itu impian hidup.

Impian saya sebenarnya untuk menjadi seorang jururawat yang 'versatile'. Bukannya senang kerana ia merupakan bidang asing dalam hidup saya. Ye la saya kena mendalami benda yang langsung tidak terlintas di fikiran untuk saya lakukan. Waktu sekolah dulu, saya amat lemah dalam bidang sains dan bahasa inggeris. Allah peritnya untuk mendalami ilmu ini.



Alhamdulillah saya berjaya juga melayakkan diri masuk ke kolej kejururawatan. Saya mula perbanyakkan membaca dan berkawan dengan kamus. Apabila tiba masa peperiksaan ja perasaan gementar menguasai diri. Takut kegagalan menjelma lagi.

Ya Allah aku mohon padaMu agar aku boleh mengatasi kegagalan tersebut. Lantas dengan itu juga saya mengambil pendekatan dengan muhasabah diri dan percaya setiap kegagalan dan impian ada jalan untuk mencapainya.

Pada detik itu saya bangun dari kegagalan lalu dengan semangat kental dan bertekad untuk mengejar impian tersebut. Saya mendekatkan diri dengan Allah, berusaha mencari maklumat tentang ilmu kejururawatan, berkongsi pandangan dengan orang yang lebih berpengalaman & memberi fokus 100 % terhadap pembelajaran.

Alhamdulillah berkat doa kedua ibu bapa saya, saya berjaya mencapai kejayaan dengan cemerlang. Kini saya merasa seronok dapat memakai pakaian jururawat dan menabur khidmat bakti kepada masyarakat.

Selepas saya mengenali Shaklee, niat saya tidak terhad kepada merawat pesakit tetapi lebih kepada ingin memberi kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan dengan baik. Bak kata pepatah "prevention is better than cure".

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz,
Pengedar Shaklee Anda,
Founder of Flying Rich Group,
+60108189217

No comments:

Post a Comment