Role Model Saya

Role Model

Setiap orang ada role model mereka yang tersendiri. Role model saya adalah emak saya yang bernama Puan Junaidah Bt Mat Junoh.




Emak saya seorang yang amat penyabar dan sentiasa cekal mengharungi segala rintangan hidup.
Emak saya amat menitik beratkan disiplin dalam pelbagai aspek, mentaati perintah agama dan menghormati orang lebih tua dan sentiasa mempertingkatkan kemajuan diri dalam diri setiap anak-anaknya sehingga dapat mencapai apa yang diimpikan.

‘Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’.

Itulah ayat yang menjadi perangsang untuk saya sentiasa memperbaiki potensi diri untuk terus maju.

Selain itu, saya turut mempraktikkan sikap ini dalam kerjaya dan juga rumah tangga saya untuk memperoleh keberkatan dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.

Alhamdulillah, saya bersyukur mereka sihat dan insha Allah saya akan pastikan mereka sentiasa gembira hingga ke akhir hayat nanti.

Nur Sakinah Abd Aziz
Anakmu.

1 comment:

  1. Izikan saya ambil sedikit idea dari sini untuk dijadikan rujukan �� semoga kak dan keluarga diberkati Allah.

    ReplyDelete