Kesusahan Hidup Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Hari ini saya nak cerita sikit mengenai seorang downline saya yang sangat menginspirasikan saya dalam bisnes shaklee ini.


Beliau adalah seorang suri rumah dan suami beliau menghidap kencing manis. Beliaulah yang menjaga suami saban hari. Mencuci luka di kaki suami beliau dan sentiasa menjadi penguat semangat untuk mereka meneruskan hidup.

Melihat kesungguhan beliau, saya terdetik di hati ingin membantu mereka. Tetapi saya tidak mahu hanya memberi ikan kepada mereka setiap hari. Kerana saya sedar yang saya hanya insan biasa yang tidak selamanya menongkat langit.

Saya ingin memberi mereka sebatang pancing agar mereka sendiri dapat terus memancing ikan setiap hari untuk meneruskan kehidupan yang diimpikan.

Setelah meminta persetujuan beliau, saya terus daftarkan beliau sebagai downline saya. Apa yang dapat dilihat, beliau kini sangat berdikari dalam membangunkan bisnes Shaklee beliau. Beliau berjaya membuat jualan dan memperoleh bonus daripada Shaklee sebanyak 2 ke 3 angka setiap bulan.

Hati mana yang tidak gembira bila melihat seorang suri rumah berjaya meraih bonus 2 angka. Dapatlah beliau membantu suami beliau sedikit sebanyak untuk perbelanjaan rumah. Kalau takde 2 angka, manakan dapat 3, 4 dan 5 angka sekalipun. Permulaan yang baik untuk beliau.

Saya berasa amat gembira dan bersyukur apabila melihat beliau berjaya walaupun di peringkat permulaan. Saya percaya yang beliau akan terus berjaya dalam bisnes Shaklee ini.

Melihatkan semangat beliau, membuatkan saya juga berasa lebih semangat untuk terus berjuang mengembangkan empayar bisnes kami ini. Supaya lebih ramai insan-insan lain yang dapat dibantu.

Sekiranya anda ingin menjadi seperti beliau, bolehlah hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Nur Sakinah Abd Aziz
Founder of Flying Rich Group
010-818 9217

No comments:

Post a Comment