Cabaran Berbisnes Shaklee di Perantauan

Assalamualaikum.

Saya akui tidak mudah untuk seseorang itu membina sesuatu bisnes. Setiap orang mesti melalui pelbagai dugaan dan cabaran.

Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi dugaan tersebut.



Saya juga tidak terlepas dari cabaran yang mendatang. Antara cabaran yang saya hadapi adalah bagaimana untuk membawa vitamin-vitamin yang telah diorder oleh kawan-kawan, dari Malaysia ke Madinah. Sekiranya berada di Malaysia, pihak Shaklee boleh tolong poskan sahaja.

Tetapi jika dibawa ke Madinah, sudah tentu beg-beg saya akan diperiksa oleh pihak kastam. Pernah juga pihak kastam di sini memeriksa botol-botol vitamin yang dibawa dan ada beberapa botol yang dibuka oleh mereka.

Alhamdulillah setelah diperiksa oleh seorang Doktor mereka, mereka membenarkan saya membawa vitamin-vitamin itu kerana mereka mengatakan ianya selamat dan tidak berbahaya. Sejak itu, saya bertambah yakin yang urusan bisnes shaklee saya di sini akan dipermudahkan dengan izin Allah.

Saya juga terpaksa korbankan sebahagian beg saya untuk membawa stok makanan dan barang-barang peribadi lain demi membawa vitamin-vitamin terbaik ini.

Cabaran lain adalah, sekiranya vitamin yang diingini pelanggan itu kehabisan stok, tidak dapatlah saya membantu untuk kesihatan mereka kerana saya hanya balik bercuti 2 kali setahun sahaja.

Saya berharap akan dapat lebih ramai bisnes partner supaya stok sentiasa ada berterusan. Saya sangat yakin dengan bisnes shaklee ini kerana produknya yang terbukti berkesan, semulajadi dan selamat. Bukan sahaja kita dapat meningkatkan taraf kesihatan, tetapi juga dapat menambah income.

Lastly, saya bersyukur walaupun berbisnes secara online, saya dikelilingi ramai kawan-kawan positif sehingga membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berjaya bersama-sama.


Apa pula struggle anda? Jom kongsikan.๐Ÿ˜Š

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
Founder of Flying Rich Group
010-818 9217

No comments:

Post a Comment