Kenapa Perlu Pilih Gaya Hidup Sihat?

Assalamualaikum.
Hai semua. Hari ini saya nak berkongsi satu cerita dengan anda.

Waktu saya masih belajar dahulu, saya pernah mempunyai berat badan yang ideal.
Tetapi saya ada satu sikap iaitu amat sayangkan makanan dan tidak sanggup untuk membuang makanan tersebut jika tidak habis.
Saya jadikan diri saya ibarat tong sampah kerana sejak bekerja, saya menyedari hakikat betapa sukarnya untuk kita mendapatkan sesuatu. Jadi saya amat menghargai makanan.

Apabila menyedari berat badan saya makin bertambah dan satu-persatu penyakit mula hinggap, saya ambil keputusan untuk menukar gaya hidup.

Emak saya kata, saya perlu sayangkan diri sendiri terlebih dahulu. Jangan disebabkan sayangkan makanan, badan kita yang terpaksa menanggung akibat.

Saya mula amalkan makan nasi sedikit dan lebihkan sayur dan lauk. Saya juga kurangkan garam dan gula dalam masakan. Saya banyakkan membaca mengenai pemakanan sihat.
Alhamdulillah berat badan saya makin menurun. Walaupun mengambil masa yang lama tapi saya tetap tidak putus asa kerana saya percaya, kita perlu jadi sihat terlebih dahulu sebelum membantu orang lain menjadi sihat.

Sebab itulah saya mengambil vitamin untuk topupkan lopong-lopong nutrisi badan saya.

Sejak amalkan vitamin Lecithin, Alfalfa dan ESP, saya jadi kurang 'craving' pada jajan dan minuman manis. Kalau dulu, mulut ni tak berhenti mengunyah semua itu.
Senaman juga mainkan peranan. Saya sangat suka naik turun tangga dan berjalan laju. Sampai ada orang tanya saya "kinah kau berlari ke, cepat sangat sampai?" Hihihi. Kadang-kadang, saya hanya buat regangan di dalam rumah sahaja.

Saya dapat rasakan kesihatan saya bertambah baik. Syukur Alhamdulillah.

Doakan saya agar terus konsisten, sentiasa sihat dan dapat capai BMI yang ideal.

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee untuk membantu anda turunkan berat badan, anda boleh hubungi saya pada nombor yang tertera dibawah. Terima kasih😊.

Salam sayang,
Nur Sakinah Abd Aziz
010-818 9217

No comments:

Post a Comment